LAMAN UTAMA


Thursday 17 November 2011

KARNIVAL SENI PERINGKAT SEKOLAH

KARNIVAL SENI PERINGKAT SEKOLAH
SMK MAHMUD, RAUB.

TARIKH : 17 NOVEMBER 2011
HARI : KHAMIS
TEMPAT : SMK MAHMUD, RAUB


Dijemput semua guru & pelajar bagi memeriahkan lagi karnival ini. Pelbagai jualan dan aktiviti disediakan.

AGIHAN WANG BANTUAN PERSEKOLAHAN 2012

Pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan Tahun 2012..
Alhamdulillah boleh meringankan beban perbelanjaan persekolahan yang ditanggung oleh ibu bapa..Jadi kepada pelajar SEMUDRA yang belum mendapatkan duit tu,bolehla datang ke sekolah.
Terima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana prihatin terhadap keperluan ibu bapa

PEPERIKSAAN SPM 2011 BERMULA



Seluruh warga SEMUDRA mengucapkan selamat menduduki peperiksaan dan semoga anda semua beroleh kejayaan yang cemerlang.

SPM: 14 November 2011 - 15 Disember 2011

Friday 21 October 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI KEPADA SEMUA GURU DAN PELAJAR YANG BERAGAMA HINDU.

Thursday 20 October 2011

MAJLIS GRADUASI PRA-UNIVERSITI 2011



Tahniah kepada semua pelajar Tingkatan 6 sesi 2010/2011 yang akan diraikan dalam Majlis Graduasi yang akan diadakan pada 21 Oktober 2011. Semoga Majlis dan pengiktirafan ini dapat meningkatkan semangat pelajar untuk terus mencipta kegemilangan. Pada yang tidak berjaya, teruskan usaha anda untuk menghadapi peperiksaan STPM 2011. Selamat Berjaya.

Tuesday 4 October 2011

PMR 2011

Kepada semua pelajar tingkatan 3, Selamat Menghadapi Peperiksaan PMR. Semoga kecemerlangan di dalam genggaman anda.

Monday 18 July 2011

CARTA ORGANISASI SMK MAHMUD RAUB



















Sejarah Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud adalah antara sekolah yang tertua dan terbesar di daerah Raub. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1908. Nama Mahmud School diberi pada tahun 1939 selepas wujud lebih kurang 31 tahun.
Sebelumnya , sekolah ini dikenali juga dengan nama Private English School, Anglo Chinese School, Government English School dan Raub English School. Nama SMK Mahmud diasaskan sempena nama Al-Marhum DYMM Sultan Mahmud Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad iaitu Sultan Pahang yang ke-2 (1914-1918).