LAMAN UTAMA


Saturday 18 May 2013

SELAMAT HARI GURU 2013

Sambutan Hari Guru 2013 diraikan pada hari ini 16 Mei 2013. Seperti biasa guru - guru diarak ke tapak perhimpunan sekolah yang diiringi oleh badan pengawas. Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan diikuti ucapan wakil pelajar serta Pengetua Cemerlang SMK Mahmud, Raub, Pn Hjh Sapiah Ibrahim. Kemudian majlis dimeriahkan dengan persembahan dari para pelajar dan juga acara sukan untuk guru-guru yang dikendalikan oleh para pelajar. Majlis turut dihadiri oleh YDP PIBG, Datuk Salim. 
SELAMAT HARI GURU diucapkan kepada semua guru SMK Mahmud, Raub.